TEL AVIV: Ribuan rakyat Israel mengambil bahagian dalam protes terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menuntut perubahan dalam pentadbiran.
Penunjuk perasaan juga menuntut kerajaan membuat perjanjian untuk 134 tebusan yang ditahan di Gaza sebelum sebahagian daripada demonstrasi bertukar ganas dengan beberapa penunjuk perasaan ditahan polis.
Penunjuk perasaan antikerajaan menyerang polis Israel ketika pihak berkuasa menggunakan meriam air dan pegawai berkuda untuk menyuraikan orang ramai yang menghalang lebuh raya utama bandar itu.
Pergelutan berlaku kerana rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Israel mengendalikan perang di Gaza.
Peserta protes yang berarak ke arah lebuh raya utama menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan segera.
Perhimpunan besar-besaran itu diterajui oleh keluarga tebusan.
Agensi perisikan Israel, Mossad memaklumkan pada Sabtu bahawa usaha untuk mencapai perjanjian mengenai gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza sedang berjalan.
Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan membunuh hampir 31,000 rakyat Palestin.
Astro Awani
Sun Mar 10 2024
Penunjuk perasaan antikerajaan menyerang polis Israel ketika pihak berkuasa menggunakan meriam air dan pegawai berkuda untuk menyuraikan orang ramai. - Foto AP
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Ribuan rakyat Israel tunjuk perasaan gesa Netanyahu disingkir, bebaskan tebusan
Netanyahu dikritik sebagai orang yang bertanggungjawab membawa malapetaka kepada rakyat Israel.
Ribuan rakyat Israel turun ke jalanan protes kerajaan
Penunjuk perasaan juga menuntut kerajaan membuat perjanjian untuk 134 tebusan yang ditahan di Gaza.
Ribuan sertai tunjuk perasaan anti-kerajaan Israel
Peserta tunjuk perasaan gesa Benjamin Netanyahu letak jawatan, desak pilihan raya segera diadakan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Polis Pakistan tahan ratusan wanita kerana lancar protes
Protes itu diadakan kerana membantah kehilangan dan pembunuhan anggota keluarga mereka.
Ribuan berkumpul di luar Parlimen UK, desak gencatan senjata di Gaza
Orang ramai berkumpul di luar Dewan Parlimen di London pada Rabu menuntut agar Ahli Parlimen mengundi menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah
Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
Ribuan sertai protes pro-Palestin di London
Jalan-jalan di kota London dibanjiri lautan penunjuk perasaan yang berselimutkan bendera Palestin.
Pakistan bersolidariti ke atas rakan se-Islam Palestin
Perhimpunan anjuran Yayasan Pakistan-Palestin di ibu kota Karachi itu dihadiri pelbagai lapisan golongan dan usia segmen usia.